Sebaik saja si ibu tersedar dari koma, dia terus bertanya di mana suami, anak sulung dan bayinya yang berusia 10 bulan. Ahli keluarganya yang berada di wad terdiam, tidak tahu bagaimana hendak memaklumkan bahawa anak bongsunya itu sudah meninggal dunia.
Semuanya berpunca dari seorang pemandu kereta mewah yang memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan sebelum melarikan diri meninggalkan keluarga berkenaan dalam keadaan cedera.
Menceritakan semula bagaimana bayi itu tercampak dan ditemui, ianya benar-benar membuatkan hati ini rasa terobek. Anak yang tidak bersalah, belum sempat mengenal dunia, meninggal dek sikap pemandu berkenaan yang mementingkan diri.
SAYA sebagai adik kandung kepada keluarga abang saya yang terlibat dalam kemalangan semalam, ingin mewakili untuk memohon maaf sekiranya di antara mereka ada membuat salah atau silap kepada anda dan jikalau di antara mereka ada hutang yang belum dilunaskan, boleh memberitahu kepada kami sekeluarga. InshaAllah kami akan usaha dan ikhtiarkan cara untuk menyelesaikannya. InshaAllah.

Kerana kami sekeluarga tidak sanggup melihat abang saya, Mohamad Nirzaudy Haiqal bertarung nyawa di zon kritikal dan jantungnya telah berhenti berdegup beberapa saat, lalu doktor terpaksa menggunakan mesin pernafasan untuk membantu beliau supaya terus bertahan. Dia kini dipindahkan ke wad ICU sehingga kini masih koma. Dia seolah-olah sedang berperang menentukan hidup dan mati.
Begitu juga dengan kakak ipar saya Wan Nur Izzaty, bertarung nyawa di wad ICU yang koma kerana mengalami pendarahan teruk. Namun kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana kakak ipar sudah sedarkan diri hari ini.
Kami sekeluarga terus tunduk lalu mendiamkan diri sambil air mata tidak mampu berhenti membasahi pipi. Ya Allah sungguh berat dugaan yang kau terima kak.
Loya Alhamdulillah selamat menjalani pembedahan tengah hari tadi. Akibat kakinya yang dihempap kereta.
Inara! Tunggu Pak Ude dekat syurga ye sayang. Pak Ude takkan lupakan senyuman anak syurga. Belum sempat Naufal nak bermain lari-lari dengan awak, awak dah tinggalkan kami semua.
Sungguh kejam! Lihatlah wahai pembunuh Inara. Kerana menggunakan kenderaan import, rasa hebat, rasa gagah memecut lajut tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. Hingga melibatkan kematian anak kecil yang tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa. Sungguh kejam.
Anda melihat kereta abang saya yang dilanggar, abang saya memandu sekitar 80 km/h. Berapa laju si pembunuh ini memandu lalu merempuh kereta abang saya sehingga arwah terpelanting dari dalam kereta lalu terjatuh ke pembahagi jalan sebelah (bawah flyover)? Hanya Allah yang tahu perasaan kami sekeluarga. Allahu.
Dan dalam masa yang sama, saya dan keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hero dan heroin yang telah membantu mengambil arwah Inara di tengah jalan lalu dihantar ke HSA menggunakan kenderaan sendiri dan yang telah menyelamatkan Loya dari tersepit dihempap kereta. Hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik hero dan heroin Loya dan arwah Inara. Semoga ada sejuta kebaikan untuk kalian. Amin.
Semoga abang saya cepat sedar dan sihat seperti sedia kala dan begitu juga dengan kakak ipar saya. Amin ya robbal alamin. Loya cepat sihat ya, nanti obleh main gelongsor dengan Naufal di rumah Pak Ude. Jom ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk anak syurga Inara.
Semoga pembunuh arwah dapat hukuman setimpal dengan perbuatan supaya tiada lagi pengguna jalan raya lain terbunuh.
Sumber : thereporter.my