Dalam percintaan, sememangnya ada banyak dugaan lebih-lebih lagi bila dah dekat nak mengikat hubungan. Dalam kes terbaru yang viral di media sosial ini, seorang lelaki memutuskan hubungan dengan teman wanita hanya kerana alasan yang dianggap tidak munasabah.
Berdasarkan screenshot perbualan mesej WhatsApp, si lelaki berbual dengan ibunya mengenai teman wanitanya. Apabila ditanya mengenai asal usul teman wanita, si anak menjawab si dia berasal dari Kelantan.
Tanpa perlu mendengar penjelasan panjang, si teman wanita sudah dapat menjangkakan alasan yang diberikan sebelum meminta lelaki itu pergi mencari orang lain sebagai penggantinya.
Perkara ini dibawa ke media sosial dan menimbulkan persoalan di kalangan netizen, apa salah Kelantan dalam hal ini. Apakah terdapat stigma yang masih menebal di kalangan masyarakat moden hari ini?
REAKSI NETIZEN
RESTU IBU PENTING
Sumber: @umiiiraudhahhh
Sumber : thereporter.my