Ibu Bapa Hadir Basuh 46 Kereta Guru Sempena Sambutan Hari Guru


Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Jelor, Kota Bharu nampaknya disambut dengan sedikit kelainan apabila ibu bapa hadir melakukan kejutan dengan membasuh kereta guru.

Ibu bapa kelihatan hadir ke sekolah seawal 8 pagi dengan membawa baldi, sabun pembersih dan kain pengelap membuatkan para guru terkejut yang nyata tidang menyangkakan perkara itu berlaku.

Difahamkan, ini sebenarnya rancangan yang dilakukan oleh PIBG sekolah yang diketui Hisyam Daud yang merasakan ini merupakan satu penghargaan kecil yanh dapat diberikan kepada guru-guru setelah mendidik anak-anak mereka.

“Kami sempat mencuci kesemua 46 kereta guru termasuk empat motosikal.

Ibu bapa juga dikatakan memulakan cucian sewaktu semua murid dan guru berada di tempat perhimpunan untuk sambutan hari guru dan ternyata rancangan ini amat mengejutkan mereka.

Sementara itu, Guru Besar sekolah itu, Zurina Ripin berkata, ini adalah kali pertama kehadiran ibu bapa secara berkumpulan untuk sama-sama mengadakan aktiviti bagi sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Sumber: Oh! Media