'Dia takut bini marah' - Satu balai gelak, peragut menangis datang tuntut motosikal diambil mangsanya


Pernah tonton video peragut lari meninggalkan enjin motosikalnya yang masih hidup. Kemudian mangsa ragut membawa lari motosikal itu menyebabkan suspek terpaksa mengejar mangsa untuk mendapatkan motosikalnya semula. 

Rupa-rupanya kejadian seperti itu benar-benar berlaku. (HAHAHAHAHA! dengan izin). 


Menurut Ayus Haiqal, dia telah diragut oleh seorang penunggang motosikal dalam kejadian pada Jumaat lalu di depan Hong Leong Bank, Kuala Selangor. Bagaimanapun, peragut berkenaan melarikan diri meninggalkan motosikalnya. 

"Sepanjang minggu lepas inilah kejadian yang tidak boleh dilupakan. Hari Jumaat malam Sabtu, akak kena ragut kat Pekan Lama, Kuala Selangor, depan Hong Leong Bank. 

"Penyamun itu lari tinggalkan motosikal dia yang enjinya tak dimatikan lagi. Apa lagi, senanglah kerja akak, bawa motosikal dia sekali pergi balai polis. 

"Masa tengah buat report, si peragut (baju merah) ini datang menangis-nangis di balai sebab motosikal itu adalah motosikal milik bini dia. 

"Dia takut bini dia marah. Menyamun, dia tak takut. Tapi dia lagi takut kena marah dengan bini. Satu balai gelak. 

"Bodoh betullah, akak pun gelak juga. Jibake betul," katanya. 

REAKSI NETIZEN


Sumber: Ayus Haiqal


Sumber : thereporter.my