BN menang di Rantau, bukti ramai silap pilih pada PRU14 - Najib


Pilihan Raya Kecil DUN Rantau dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yang diberi mandat untuk terus kekal menjaga kawasan itu. 

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan 'hatrik' itu sebagai bukti bahawa ramai pengundi yang tersalah pilih pada PRU14, malah katanya golongan pengundi muda yang menyumbang kepada kemenangan BN kali ini. 

"Syukur atas kemenangan ini, terima kasih pada rakyat, pengundi, jentera BN, komponen parti dan Friends of BN dan PAS. 

"Sambutan orang muda hangat. Ia menunjukkan PRU14 lalu, sudah ada ground shift yang agak besar di kalangan semua peringkat terutama orang muda, yang ramai kata mereka tersilap pilih waktu PRU lalu," katanya. 

Najib juga berkata, beliau banyak menerima respon dari anak muda yang mengakui tersilap pilih dan kali ini akan menyokong BN semula kerana kecewa terhadap janji PH yang telah dimungkiri. 

Sumber: Astro Awani


Sumber : thereporter.my