Bank Rakyat Agih 13 Peratus Diveden Tahun 2018


Bank Rakyat telah mengumumkan agihan dividen sebanyak 13 peratus bagi tahun kewangan 31 Disember 2018.

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, pembayaran dividen itu melibatkan jumlah sebanyak RM379 juta kepada semua anggota.

“Saya berasa gembira dengan perkembangan ini meskipun dengan keadaan ekonomi, masalah, cabaran serta peralihan tanggungjawab pengurusan Bank Rakyat.

Untuk rekod, pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, Bank Rakyat telah mengumumkan agihan dividen sebanyak 16 peratus.
Sumber: Oh! Media