'Aku akan jatuhkan reputasi syarikat kau!' - Pemilik kesal kondo mewah harga jutaan ringgit rupanya tak berkualiti


"Saya akan laporkan kepada pihak tribunal, aku akan pastikan reputasi syarikat kau musnah," demikian kata lelaki yang kesal dengan kualiti kondominium mewah yang dibelinya di kawasan berhampiran KLCC. 

Difahamkan, lelaki itu membeli kediaman mewah tersebut dengan harga jutaan ringgit. Malangnya, kualitinya sangat mengecewakan. 

"Kamu bagi saya benda murah begini? Saya akan pecahkan semua barang dalam rumah ini. Rumah ini akan jadi showroom 24 jam kepada penduduk di sini untuk datang melihat kualiti binaan kamu. 


"Selepas ini, lebih ramai lagi pembeli yang akan tampil membuat aduan kepada tribunal. Itu belum lagi kamu berdepan dengan pembeli dari Tanah Besar China yang akan buat lebih lagi dari sekadar aduan," katanya. 

Menurut lelaki itu, jubin lantai di kediamannya itu banyak yang retak, pintu yang dikatakan 'smart door' pula indah khabar dari rupa. Selain itu, perabot seperti meja, langsir dan sofa juga tidak menepati ciri-ciri perabot mewah. 

Berang dengan kualiti binaan dan perabot yang diberi, dia bertindak menyembur cat merah pada kesemuanya, malah memecahkan meja dan jubin sebagai tanda protes. 








Sementara itu di media sosial. netizen memberikan pelbagai reaksi mereka. Ada yang mendakwa berpuas hati dengan tindakan lelaki itu, tidak kurang juga berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian. 


Sumber : thereporter.my