Akibat selalu tertidur dengan botol susu masih di mulut, 18 batang gigi budak ini terpaksa dicabut


Kesihatan gigi perlu dijaga dan diutamakan. Dalam kes yang dikongsi oleh doktor pergigian di Thailand, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hilang 18 dari 20 batang giginya pada 9 April lalu. 

Sathian Ken Suravisankul, doktor pergigian di Klinik Smile Station, Phuket, menasihatkan golongan ibubapa menitikberatkan penjagaan dan mendidik anak-anak mereka untuk memberus gigi setiap hari. 

"Dia hanya boleh menggunakan dua batang gigi yang terletak di kedua-dua belah rahangnya buat masa ini. 

"Saya terfikir, macam mana dia nak makan," katanya.



Difahamkan, gigi kanak-kanak itu rosak berpunca dari tabiatnya yang sering tertidur dengan botol susu masih di mulutnya dan tidak memberus gigi selepas minum susu. 

Tabiat yang dilakukan sejak dari kecil itu menyebabkan gigi kanak-kanak terbabit rosak dan mulai membusuk. 

"Jika sayangkan anak, beruslah gigi mereka setiap hari," katanya. 



Sumber : thereporter.my