SITUASI yang melanda rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan bekas isterinya terus mejadi perhatian ramai hingga ada yang membuat pelbagai tuduhan dan spekulasi.
Lebih membimbangkan ada sesetengah pandangan yang diberikan dilihat hanya bersifat andaian hingga berlakunya fitnah.
Bagi empunya diri, PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, maklumat yang dikongsikan bekas isterinya, Ain Afini di media sosial hanya sebahagian daripada situasi sebenar.
“Itu bukan cerita penuh. Saya cuma boleh cakap cerita bekas isteri saya tu bukan cerita sepenuhnya.
“Ia hanya sebahagian,” katanya ketika dihubungi mStar menerusi aplikasi Whatsapp.
Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni..
Tambah PU Abu yang kini berada di Makkah, kontroversi yang melanda antara dia, bekas isteri dan wanita dikenali sebagai Hana merupakan isu lama yang tidak diketahui umum.
Bagaimanapun jelas PU Abu, dia kecewa apabila bekas isterinya memilih untuk membuka aib keluarga di media sosial hingga menjadi buah mulut netizen.
“Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni.
“Isu saya, bekas isteri dan Hana adalah isu lama,” katanya.
Hana yang dimaksudkan PU Abu itu dipercayai merujuk kepada wanita dikenali sebagai ‘Hana Azraa’ yang didakwa Ain Afini sebagai orang ketiga hingga menjadi punca perceraian mereka.
Abang bersalah ceraikan Ain, maafkan abang…
Sementara itu menerusi posting di Instagram, PU Abu turut mengakui kesilapan dan menyesali perbuatannya kerana menceraikan bekas isteri yang sedang hamil.
“Saya PU Abu memohon maaf di atas kesalahan saya menceraikan isteri ketika mengandung dan saya amat menyesali atas ketelanjuran yang saya lakukan.
“Saya meminta maaf kepada bekas isteri @ainafini dan keluarga kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mereka.
“Moga saya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang saya lakukan. Saya harap para netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung,” ujarnya.
Menerusi posting yang sama, PU Abu berjanji untuk menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk proses selanjutkan selepas talak dijatuhkan.
“Saya akan berbincang dengan pihak bekas isteri untuk hal yang seterusnya. Saya memohon maaf atas apa yang saya lakukan.
“Doakan agar semuanya dipermudahkan dan diselesaikan dengan cara baik,” katanya.
Sumber: cempedakcheese.com