5 Juadah Berbuka Paling Popular Sewaktu Bulan Puasa


Bila sampai je bulan puasa, pasti ramai yang tak sabar untuk melaluinya. Salah satu yang paling best bila bulan puasa ni adalah korang dapat pergi bazaar ramadhan yang buka setiap hari selama sebulan! Best kan?

Apa agaknya benda pertama yang akan bermain di fikiran bila korang bayangkan bazaar ramadhan? Pastinya korang akan terbayang banyak makanan yang boleh dikatakan hanya ada pada bulan puasa dan susah untuk kita dapatkan pada bulan biasa.

1. Murtabak


Pergh, bila sebut je pasal murtabak memang akan terbayang murtabak yang disusun tinggi-tinggi. Mana tidaknya, murtabak ni antara yang paling popular di bazaar ramadhan dan korang akan nampak 5 hingga 6 peniaga menjual menu ini. Apa yang bezakan semua ni, sedap atau tak je.

2. Ayam Percik


Inilah racun paling bahaya yang buatkan bau asapnya menusuk ke hidung. Baru je sampai bazaar, pasti korang akan disambut dengan aroma ayam percik yang biasanya akan berada di bahagian paling hadapan.

3. Popia Basah


Tak payah cakap banyak. Memang tak lengkap rasanya kalau balik dari bazaar tak beli Popia Basah ni. Lagi-lagi kalau dapat inti yang penuh dan kacang banyak gila, perghhh nikmat. Cara nak tahu Popia Basah mana yang sedap senang jer, kalau nampak orang ramai beratur tu, pasti sedap.

4. Air Katira


Untuk minuman pula, air Katira lah yang pasti akan menjadi pilihan semua orang terutama pada hari pertama puasa. Dari jauh korang boleh nampak warna yang hijau Katira ni yang penuh dengan macam-macam isi kat dalam. Air Katira ni antara minuman yang boleh dikatakan bermusim dan banyak dijual masa bulan puasa je.

5. Kambing Golek


Fuhh! Ini paling 'rare' sikit. Mana tidaknya, bila korang masuk jer bazaar ramadhan, pasti akan ada peniaga yang jual Kambing Golek, Ayam Golek, Kambing Bakar dan semua makanan ini memang akan buat nafsu makan korang membuak-buak lepas tu.

Jika korang rancang untuk berpuasa di Melaka, Hotel Casa del Rio Melaka antara yang akan menyediakan hidangan Kambing Golek untuk korang berbuka puasa.

Sajian Citarasa Bonda

Hotel Casa del Rio yang merupakan sebuah butik hotel pertama di Melaka yang terletak betul-betul di tebing 'River Cruise' Melaka atau di Jalan Kota Laksamana akan menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa dan menawarkan pada harga yang sangat berbaloi.


Selain daripada pelbagai hidangan 'Buffet Dinner', korang juga akan disediakan Sajian Citarasa Bonda yang takkan korang dapat dekat hotel lain. Dengan menghidangkan masakan warisan melayu seperti Kambing Golek, Nasi Biryani Buah Gajus, Ikan Keli Berlado, Ayam Bakar Sos Percik dan pelbagai hidangan tradisional yang lain.

Hotel Casa del Rio turut menyediakan banyak stesen masakan secara langsung daripada chef terbaik mereka untuk korang lihat sendiri cara masakan dan penyediaan mereka dan selepas itu bolehlah korang nikmati makanan yang korang pilih bersama keluarga dan rakan-rakan.


Hotel Casa del Rio ni perlu menjadi destinasi wajib untuk korang singgah dan berbuka puasa tahun ini dan nikmati kelainan berbuka di tepi Sungai Melaka yang merupakan antara tempat termegah di sana.

Tempat: The River Grill, Ground Floor (Hotel Casa del Rio)
Tarikh: 6 Mei - 4 Jun 2019
Masa: 6.30pm - 10.00pm
Harga: RM88/nett (Potongan 50 peratus untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun)









Sumber: Oh! Media