WeChat Pay Kini Mencecah 800 Juta Pengguna Aktif


Penggunaan WeChat Pay dilihat semakin menjadi pilihan pengguna apabila kini mereka berjaya merekodkan lebih 800 juta pengguna aktif bulanan di China, Hong Kong dan Malaysia.

Ia juga menjadikan aplikasi ini antara yang paling popular digunakan dengan penawaran pelbagai jenis perkhidmatan bermanfaat kepada pengguna daripada tambah nilai dalam talian, pembelian tiket penerbangan dan bas mahupun transaksi di kedai-kedai runcit.

Pengguna WeChat Pay MY juga boleh melakukan pembelian di stor-stor runcit dengan hanya mengimbas QR kod dan kini mereka dalam usaha untuk memperluaskan lagi penggunaanya di KK Mart dan Starbucks.

WeChat Pay menyaksikan pertumbuhan pengguna yang memberangsangkan sejak pelancarannya di Malaysia pada Ogos 2018.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media