UMNO, MCA dan MIC Setuju Barisan Nasional Tidak Dibubarkan

Gambar: Malaysia Dateline

Selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan, mereka semua telah bersetuju untuk tiada pembubaran gagasan itu dan kekal pada status quo sedia ada.

Walaupun sebelum ini, MCA ada mencadangkan agar BN dibubarkan, namun Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO dan MIC tidak merasakan ia menjadi keperluan untuk membubar BN.

Mohamad menjelaskan, walaupun tiada konsensus untuk membubarkan BN, mesyuarat itu mengambil kira saranan yang dikemukakan dalam resolusi itu.

Justeru, katanya, Dewan Tertinggi BN bersetuju supaya satu jawatankuasa teknikal ditubuhkan pada peringkat negeri dan pusat secara bersama melihat semula struktur gerak kerja parti dalam menghadapi Pilihan Raya umum ke-15.

Bagi kerjasama antara UMNO dan PAS pula, ia turut dibincangkan di dalam mesyuarat berkenaan penyatuan ummah, namun ia diterima baik oleh MIC dan MCA yang memahami serta mendapat sokongan penuh dari rakan komponen.



Sumber: Oh! Media