Tiga Tentera Indonesia Terkorban Diserang Hendap Pemisah Papua


Ketegangan di Papua dan Indonesia dilihat semakin parah apabila pertempuran bersejata yang berlaku telah mengorbankan tiga tentera Indonesia.

Pertempuran di antara pemisah di pedalaman wilayah Papua itu sebelum ini juga telah mengorbankan 12 pekerja pembinaan.

Difahamkan, semua anggota tentera itu baru sahaja tiba di kampung Yigi, daerah Nduga, pagi tadi, untuk menjaga pembinaan sebuah jambatan, namun mereka diserang pemisah.

“Tiba-tiba mereka diserang satu kumpulan besar antara 50 hingga 70 orang. Tiga anggota tentera kita maut dalam serangan ini, selepas ditembak di bahagian dada dan belakang,” kata jurucakap tentera wilayah Papua, Muhammad Aidi.

Namun keadaan selepas itu berjaya dikawal pihak tentera dan kesemua pemberontak melarikan diri.
Sumber: Oh! Media