Nampaknya penduduk di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya akan dapat merasai dahulu teknologi generasi kelima 5G yang akan dilakukan percubaan mulai Aril ini.
Dua lokasi bandari pintar negara ini dipilih dan ia diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang berkata pecubaan ini akan dilakukan selama tempoh enam bulan.
Teknologi 5G juga sering dikaitkan dengan teknologi-teknologi lain seperti Internet of Things (IoT) dan Industrial Revolution 4.0 yang menekankan penggunaan internet yang laju dan sela-masa yang rendah bukan sahaja didalam industri perusahaan, tetapi juga untuk teknologi pengguna dalam aktiviti seharian.
Malaysia akan memulakan ujian pelaksanaan teknologi generasi kelima - 5G fasa pertama bagi tempoh enam bulan di Putrajaya dan Cyberjaya April depan - @GobindSinghDeo https://t.co/r2Mxh23ze0— Jabatan Penerangan (@JPenerangan) March 4, 2019
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media