Syukur jatuh kerbau, terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan

KUALA TERENGGANU – ‘Budak kerbau’, Mohd Syukur Khamis, 14, dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kira-kira 9 malam ini selepas terjatuh ketika bermain dengan kerbaunya, pagi tadi.

Mohd Syukur yang juga dikenali ‘Mowgli Malaysia’ dikatakan terjatuh ketika melompat dari belakang seekor kerbau untuk ke seekor kerbau lagi.

Menurut abangnya Mohd Alias Khamis, 29, selepas terjatuh, adiknya itu mengadu pening kepala sebelum termuntah.

“Saya suruh dia berehat dan petang tadi sempat mengikut saya keluar ke bandar raya Kuala Terengganu.

“Bagaimanapun, ketika hampir Maghrib tadi dia muntah lagi dan kami sekeluarga ambil keputusan menghantarnya ke HSNZ untuk membuat pemeriksaan.

“Buat masa ini keadaannya masih belum diketahui dan saya diberitahu dia sedang menjalani prosedur imbasan kepala,” katanya.



Sumber: cempedakcheese.com