Serangan Berdarah NZ Bukti Permusuhan Terhadap Islam Semakin Meningkat - Erdogan


Berikutan dengan serangan berdarah yang berlaku di Christchurch, kebanyakan pemimpin-pemimpin dari seluruh dunia telah mengeluarkan kenyataan dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian hitam itu.

Menurut Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, serangan ini juga bukti bahawa permusuhan terhadap Islam semakin meningkat.

"Seranganm kekejaman terhadap Islam yang dipandang sepi oleh dunia malah adakala disokong, telah mencapai tahap pembunuhan beramai-ramai.

"Sekiranya tindakan segera tidak diambil, insiden seumpama ini mungkin akan terjadi lagi. Saya menyeru dunia, terutama negara Barat untuk mengambil langkah segera membendung keganasan ini." kata Erdogan.
Sumber: Oh! Media