Seorang Lagi Individu Ditangkap Kerana Menghina Agama Islam

Gambar: Online News

Lagi dan lagi individu ditangkap selepas didapati telah menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah yang ditahan di sebuat pusat beli beli-belah Plaza Pudu semalam.

Penahanan ini juga telah disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek yang menggunakan nama akaun 'Alvin Chow' di laman Facebook itu ditahan dalam satu serbuan oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Selangor.

"Berdasarkan maklumat serta risikan yang dilakukan, pihak polis telah berjaya menahan lelaki berusia 43 tahun itu sekitar pukul 5 petang.

"Semakan yang dilakukan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.
Sumber: Oh! Media