Nama Ruhainies sememangnya tidak asing lagi dalam industri tanah air. Memiliki rupa paras menawan pasti ramai yang mudah mengingati pelakon ini.
Diberi peluang unutk menjadi pengacara sebuah program makanan, Ruhainies tidak risau memandangkan berat badannya sukar untuk bertambah.
Ujarnya lagi, selama ini dia tidak pernah mengamalkan sebarang diet kerana apa sahaja makanan yang di ambil berat badannya tetap maintain.
“Ini adalah projek kedua saya selepas sebelum ini saya buat travelog dan ini adalah travelog yang ke luar negara.
“Walaupun hanya ke Indonesia mungkin selepas ini ke saya akan ke seluruh Asia pula untuk mencari makanan-makanan halal.
“Saya tak pernah diet dan tak tahu apa itu erti diet. Alhamdulillah saya makan macam mana pun nasi kandar ke malam-malam, berat saya masih ok lagi,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Ruhainies memberitahu dia mahu mencuba sesuatu yang baru dengan terjun ke dalam bidang pengacaraan. Kata Ruhainies lagi dia mahu dikenali sebagai selebriti serba boleh dan bukan hanya sekadar berlakon.
Sumber: cempedakcheese.com