Robot Letak Kenderaan Bakal Digunakan di Lapangan Terbang Lyon-Saint


Stanley Robotics akhirnya telah berjaya menghasilkan robot letak kenderaan setelah beberapa tahun diuji dan ia secara rasmi akan mula digunakan untuk memudahkan pengunjung meletak kereta mereka di sekitar Lapangan Terbang Lyon-Saint Exupery.

Robot ini mempunyai kemampuan untuk memindahkan kenderaan ke kawasan parkir yang hanya memerlukan pengunjung untuk meletakkan kenderaan mereka di garaj khas.

Robot yang beroperasi secara automatik itu berbentuk segi empat, dengan kelebaran seperti sebuah kenderaan utiliti sukan (suv) saiz sederhana.

Robot ini juga akan dilengkapi sistem yang akan merekod tarikh dan waktu ketibaan dan robot ini akan mengambil semula kereta pemilik ke garaj khas.

Pada peringkat awal, sebanyak 500 ruang letak kereta dioperasikan Stanley Robotics dibina. Syarikat itu mensasarkan 6,000 (parkir) di lapangan tersebut pada masa akan datang.




Sumber: Oh! Media