Berikutan dengan ura-ura mengatakan Nelydia Senrose bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hatinya tidak lama lagi, bekas kekasihnya iaitu Qi Razali jugat tidak ketinggalan mendoakan agar Nelydia dipertemukan dengan bakal suami yang baik.
"Alhamdulillah, saya gembira dia jumpa dengan seseorang yang boleh membimbingnya dan dipertemukan dengan lelaki baik.
“Saya doakan semoga Nelydia berbahagia dan harap semua yang diimpikan akan dijumpai dalam perkahwinan nanti.
Nelydia sebelum ini ada mendedahkan nama pilihan hatinya iaitu Hafez dan dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya kelak.
"Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, Tahniah! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan saya juga doakan semoga apa yang dirancang menjelang hari bahagianya nanti berjalan dengan baik,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Qi juga kini sedang menjalinkan hubungan bersama pengacara H!Live, Nia Atasha Rosli.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media