Selepas pemainan PUBG Mobile diaramkan di beberapa bandar India, kini PUBG India sedang giat membawakan cara permainan yang lebih sihat apabila mereka bakal mengehadkan tempoh waktu permainan bagi pemain dibawah umur di India.
PUBG India juga sedang mengkaji tentang isu pengharaman yang dilakukan pihak berkuasa tempatan India dan berharap dapat memberikan penjelasan dengan lebih baik kepada pihak berkuasa mengenai objektif permainan PUBG Mobile dan membawakan permainan yang lebih sihat.
Peringatan kesihatan itu akan diberikan sekiranya pemain bermain pada tempoh 2 jam dan akan menghentikan permainan pada tempoh 4 jam seterusnya.
Health remainder on @PUBGMOBILE . One of my friend played it for 6 hours it seems an . #PUBG To the next level. @Im_Rahul16 Take care of your health daww.. 🤣😂 ¼ part of day well spent with @PUBG pic.twitter.com/6nOUTrvglh— Srihari Lakshminarasimhan (@Srihari_lsr) March 21, 2019
Sekiranya pemain bermain melebihi 6 jam, PUBG juga akan menghalang pemain memasuki permainan hingga 24 jam seterusnya.
PUBG Mobile juga berkata, pihak mereka memberi jaminan bahawa mereka berada di pihak pemain dan akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari penyelesaian yang munasabah sekiranya dengan mengehadkan masa permainan cukup untuk membatalkan larangan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Oh! Media: Walaupun ianya mungkin tidak dilaksanakan di Malaysia, namun pemain-pemain haruslah pandai membahagikan masa, kerana tempoh masa 6 jam hanya untuk bermain permainan video adalah tidak baik dan melalaikan.
Sumber: Oh! Media