PRK DUN Rantau Akan Diadakan Pada 13 April Depan


Nampaknya, selepas PRU-14, kita perlu menghadapi beberapa lagi PRK di atas beberapa faktor dan untuk PRK N27 DUN Rantau, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR telah menetapkan tarikh 13 April sebagai tarikh mengundi.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata penamaan calon ditetapkan pada 30 Mac manakala tarikh mengundi awal ialah pada 9 April.

“Tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas penamaan calon dan berlangsung sehingga 11.59 malam pada 12 April 2019.

"Anggaran kos bagi menjalankan PRK ini adalah RM1.8 juta," katanya dalam sidang media di Menara SPR, Putrajaya, hari ini.

Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi yang ditetapkan adalah di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan.
Sumber: Oh! Media