PM Malaysia Tun Dr Mahathir Terima Anugerah Tertinggi Pakistan


Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sedang berada di Pakistan bagi lawatan kerja, telah menerima anugerah tertinggi.

Anugerah itu adalah 'Nishan-e-Pakistan' atau Order of Pakistan yang disampaikan oleh Presiden Pakistan Dr Ar Arif Alivi.

Anugerah itu diberikan atas sumbangan beliau kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN.

Anugerah paling berprestij yang diperkenalkan pada 19 Mac 1957 itu hanya diberikan kepada penerima di atas merit dan perkhidmatan yang cemerlang kepada negara, komuniti antarabangsa dan hubungan luar negara.
Sumber: Oh! Media https://www.ohmedia.my/