Perbuatan Terkutuk Anak Perempuan Terbongkar Apabila Ibu Melihat Kesan Lebam


Hancur hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuan tunggalnya telah melakukan perbuatan terkutuk. Ini berlaku apabila seorang ibu terkejut melihat kesan lebam pada leher anaknya dan mengetahui bahawa remaja terbabit telah melakukan hubungan seks dengan lima orang lelaki sejak setahun yang lalu.

Remaja yang baru berusia 16 tahun itu walaubagaimanapun telah membuat laporan polis setelah disuruh ibunya setelah mengetahui bahawa kesan lebam itu merupakan gigitan cinta atau love bite.

Hasil siasatan, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri,Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata telah berjaya menahan lima orang suspek berusia 16 hingga 20 tahun.

"Hasil siasatan awal mendapati remaja perempuan itu sudah mula melakukan hubungan seks dengan semua suspek selepas tamat peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada Oktober tahun lalu.

"Tahun lalu, seorang suspek yang juga kawan lelaki remaja berkenaan bersama dua sepupunya mengambil dan menghantarnya pulang ke rumah di Kangkar Pulai di sini," katanya.

Dzhulkhairi berkata, mereka mengajak remaja terbabit melakukan hubungan seks dan perbuatan itu berlaku dengan kerelaan hati remaja tersebut.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media