Penyokong PH dakwa kes-kes hina Nabi dan Islam didalangi Umno

SEORANG penyokong Pakatan Harapan (PH) mendakwa kes-kes menghina Nabi dan agama Islam yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini didalangi oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang kini terpalit dengan rasuah.

Lelaki yang menggunakan nama Halim di Facebook itu turut mendedahkan modus operandi yang dipercayai digunakan termasuklah mencari orang bukan Islam sebagai ‘kambing hitam’ untuk melakukan kerja terkutuk tersebut.

“Pada fikiran aku modus operandi mereka macam ni. Mereka cari orang bukan Islam yang sewel dan kurang pendidikan serta terdesak mahukan duit.

“Mereka akan dijanjikan dengan upah yang tinggi misalnya wang RM100,000 supaya berbaloi dengan denda dan hukuman penjara yang akan dikenakan.

“Kemudian, mereka akan buat satu akaun Facebook atas nama bukan Islam dan mulalah edisi mengutuk Rasulullah dan pilih kutukan yang paling berbisa yang menaikkan kemarahan umat Islam.

“Dah Nabi dikutuk mestilah nampak Islam tergugat dan puak-puak PAS yang lurus bendul akan terpengaruh dan sama-sama buat demo untuk menimbulkan huru-hara dan ini menguntungkan pemimpin-pemimpin UMNO yang punyai satu senarai tuduhan jenayah menanti,” katanya.

Halim mendakwa pemimpin UMNO ada banyak duit hasil dari rasuah dan ia sekaligus memudahkan mereka untuk membayar ‘mangsa-mangsa’ tersebut.

Bagaimanapun, tuduhan Halim itu hanyalah sekadar tuduhan liar yang tidak berasas semata-mata mahu memburukkan nama UMNO yang kini sedang dalam usaha untuk bekerjasama dengan PAS atas nama Islam dan Melayu.



Sumber: cempedakcheese.com