Pengganas Brentom Tarrant Dihadapkan Ke Mahkamah Pagi Tadi


Suspek utama tragedi pembunuhan beramai-ramai membabitkan dua masjid di Christchurch semalam, dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Brentom Tarrant, 28, dari Australia dituduh membunuh puluhan jemaah dan mencederakan 50 yang lain ketika mereka sedang menunaikan solat Jumaat di tiga buah masjid berlainan.

Dia turut menyiarkan serangan itu secara langsung di internet dan menjadikan sentimen anti pendatang sebagai objektif utama dalam manifesto pembunuhan berkenaan.

Sebaik tiba di mahkamah, dia dilihat menunjukkan isyarat ‘OK’ yang antara lain membawa maksud simbolik perkauman kuasa putih.

Individu keempat ditahan semalam kerana memiliki senjata api namun dibebaskan tidak lama kemudian apabila didapati beliau hanya berniat membantu pihak polis.

Sumber: BH
Sumber: Oh! Media