Gambar: Facebook Football Association of Malaysia |
Saingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 terus menyaksikan pasukan negara menekan China apabila menang tipis 1-0 ke atas Laos hasil dari jaringan tunggal Safawi Rasid di Stadium Shah Alam malam tadi.
Pasukan negara dilihat bergelut untuk mendapatkan jaringan apabila pasukan Laos memberikan tentangan sengit ke atas anak buah Datuk Ong Kim Swee.
Selepas ini, Malaysia akan membuat perhitungan dengan China untuk merebut juara kumpulan J di venue sama, Selasa ini dengan juara kumpulan akan mendapat slot automatik ke Thailand, tahun depan.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media