Selepas kejayaan demi kejayaan yang dikecapi pasukan Johor Darul Ta'zim, JDT, pasti ramai penyokong dan peminat yang ingin mengetahui apa yang berlaku dibalik tabir kejayaan pasukan terbaik Malaysia ini.
Oleh itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik kepada JDT ada mendedahkan bahawa pihaknya bakal memperkenalkan program realiti televisyen khas buat peminat mereka.
“Siri realiti TV JDT. Ia bukan lakonan, kami akan memaparkan realiti, untuk peminat.
“Kami juga akan berkongsi kisah dan peristiwa yang tidak pernah diketahui, apa yang sebenarnya berlaku di kelab,” kata Tunku Ismail dalam Twitter.
Dengan adanya rancangan ini, ia akan sama seperti apa yang dilakukan pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City yang membolehkan peminat melihat kisah sebenar di belakang tabir bermula daripada bagaimana perjanjian dimeterai, masalah yang ditangani hingga kepada sesi pemerahan otak atau ‘brainstorming’ pada lewat malam.
What's ur opinion if JDT FC hv our own reality Tv series? Behind the scenes action. Players, Coaches, Academy, Marketing team, Administration and... mySelf. Smthing like wht Man City did. Shows the sleepless nights, working, negotiating with players, teams, plans, managing etc— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 25, 2019
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media