Skuad hoki negara juga malam tadi gagal mengekalkan rentak kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini apabila tewas 2-4 kepada pasukan India di saingan hoki Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah.
Saingan sengit kedua-dua pasukan menyaksikan Malaysia memperoleh sehingga lapan pukulan sudut penalti manakala India memperolehi sembilan pukulan sama.
Untuk perlawanan seterusnya, pasukan Malaysia di bawah kendalian Roelant Oltmans dijadualkan akan bertemu pendahulu kejohanan, Korea Selatan malam esok yang sehingga kini masih belum tewas.
Sumber: Oh! Media