Pasangan Beregu Badminton Lelaki Negara Ke Pentas Akhir All England


Nampaknya, peluang untuk pemain badminton negara bagi mencipta sejarah menjuari All England semakin menyinar apabila beregu negara Aaron Chia dan Woh Sooi Yik berjaya menempah slot final dan bakal beraksi malam ini.

Setelah hampir 12 tahun pasukan badminton beregu lelaki tidak berjaya ke pentas akhir, ini merupakan peluang terbaik untuk mencipta sesuatu. Meraka yang mengalah wakil dari Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Fajar Alfian 12-21, 22-20, 21-19 dalam aksi separuh akhir pagi tadi.

Malam ini, mereka akan bertarung habis-habisan menentang satu lagi pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam aksi final, selepas bekas juara dunia itu menewaskan pilihan ketiga, Takeshi Kamura- Keigo Sonodo 21-19, 21-16 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Kali terakhir Malaysia muncul juara dalam acara beregu lelaki adalah pada 2007 menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.


Sumber: Oh! Media