Ole Gunnar Akui Harapkan Tuah Bagi Julang Liga Juara-Juara


Saingan Liga Juara-Juara yang telahpun melakukan undian sebelum ini telah menunjukkan pasukan Manchester United bakal ditemukan bersama pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona dan pengendali United Ole Gunnar Solskjaer berkata dia yakin anak buahnya mempunyai kualiti secukupnya, tetapi masih mengharapkan tuah yang memihak mereka.

United sebelum ini berjaya mengejutkan juara Perancis, Paris Saint-Germain, PSG sewaktu di kelompok 16 terbaik.

Walaubagaimanapun, dalam pertemuan mereka sebelum ini pada final Liga Juara-Juara 2011 telah menunjukkan mereka tewas 1-3 kepada Barcelona.


“Saya fikir kami menunjukkannya ketika menentang PSG yang ada harinya kami boleh menewaskan pasukan terbaik,” kata Solskjaer yang mengubah nasib malang United ketika dikendalikan Jose Mourinho.

“Begitupun sekali lagi, ada begitu banyak pemboleh ubah dan perlawanan seperti ini boleh ditentukan dengan margin yang kecil.

“Dan sudah tentu dengan keputusan VAR, sekali lagi saya ia adalah penalti, kamu boleh bernasib malang dan tidak mendapatkannya pada minit-minit terakhir permainan dan kemudian terkeluar dan tiada siapapun mengimbas prestasi PSG.

“Jadi ya, kami boleh mara sehingga penghujung tetapi kamu memerlukan tuah sepanjang perjalanan.”

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media