Misi Pertahankan Malaysia Airlines Syarikat Penerbangan Kebanggaan Negara


Kini kecoh kembali di media sosial dan di kalangan kakitangan Malaysia Airlines apabila dikatakan MAS bakal ditutup dan dijual. Syarikat penerbangan Malaysia Airlines adalah lambang kebanggan negara kita sebagai sebuah syarikat penerbangan yang terbaik dunia.

Namun, sejak ia diswastakan pada tahun 2014, MAS dikatakan kurang mendapat keuntungan dan salah satu cara adalah dengan menghentikan operasi atau menjualnya, kata seorang penganalisis penerbangan.

Pihak Khazanah Nasional juga sebelum ini telah mengumumkan bahawa separuh jumlah kemerosotan kos sebanyak RM7.3 billion itu datangnya dari masalah yang menimpa syarikat penerbangan terbabit.

Tapi adakah kita tahu, akan pentingnya syarikat pengangkutan MAS ini bagi rakyat Sarawak dan Sabah? Ini kerana jika anda berada di Johor Bahru, anda masih ada pilihan menaiki kenderaan darat ke Kota Bharu. Namun, sukar pula bagi Sabah dan Sarawak yang hanya bergantung pada pengangkutan udara.


Memetik laporan dari Utusan pula yang ditulis oleh Johardy Ibrahim mengatakan bahawa "Penduduk Bintulu tidak ada banyak pili­han setelah MASwings dihentikan perkhidmatan. Kenapa dihentikan? Sebab tidak mengun­tung­kan, kata kera­jaan. Bintulu hanyalah satu contoh yang sebelum ini diliputi oleh MASwings di seluruh Sarawak. Belum lagi dikira Sabah."

Johardy Ibrahim turut berkongsikan akan situasi sebenar yang dialami Malaysia Airlines pada saat dan tika ini inilah hakikatnya:

Masalah yang dihadapi oleh syarikat penerbangan nasional ini diakui begitu besar dan tidak mudah untuk ditangani. Maka dibentangkan Pelan Pemulihan MAS atau MRP dengan 12 perkara untuk tempoh lima tahun dilancarkan pada 29 Ogos 2014.

Kapten Izham Ismail yang merupakan anak jati MAS dilantik sebagai CEO Kumpulan pada 1 Disember 2017 untuk mengemudi pelan pemulihan syarikat ketika MAS memang sakit dan impak teruk daripada dua tragedi pesawatnya.

Menilai prestasi Kapten Izham untuk hanya setahun, adalah tidak tepat apatah lagi, pelan pemulihan sedang berjalan rancak, lancar meskipun angkanya tidak menepati hasrat Khazanah.

Cabaran yang dihadapi MAS begitu berat. Bahan api bera­da pada paras AS$75.68 setong dan tukaran dolar pada RM3.91, sebelum masing-masingnya mencecah tahap tinggi AS$84.8 setong dan RM4.30.

Pasaran menjadi begitu sengit, hingga bekalan melebihi permintaan. Pasaran juga dipacu oleh percutian berbanding perniagaan, yang nyata memilih ‘harga murah’.

Di sebalik cabaran ini, Malaysia Airlines berupa­ya melakukan banyak penambahbaikan dengan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) naik 4 peratus dan Skor Promoter Bersih (NPS) naik 22 mata tahun lalu berbanding 2017.

Prestasi Tepat Pada Masanya (OTP) dan salah kendalian bagasi kini berada di paras 85 peratus.

Kos pangkalan juga telah menurun banyak dan satu daripada yang terendah berasaskan CASK (cost per avalaible seat kilometer).

Moral warga MAS juga telah pulih, dengan Kapten Izham turun padang setiap dua minggu mengadakan sesi randau dengan kumpulan kecil kakitangan daripada pelbagai jabatan yang boleh mengadu terus kepada beliau.


Menurut sumber industri, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga telahpun sedia maklum akan racangan menyelamatkan syarikat penerbangan ini dan menyatakan "Malaysia Airlines adalah instrumen dasar dan Malaysia memerlukan syarikat penerbangan nasional ini’’.

Diharapkan Malaysia Airlines dapat diselamatkan kerana ia dilihat sebagai satu jenama yang masih releven dan hanya memerlukan beberapa pelan dan perancangan yang sangat baik bagi menyelamatkannya.

Dengan pengalaman hampir 40 tahun yang dimiliki Kepten Izham dalam mengetuai Malaysia Airlines, diharapkan mampu membawa dan membuka semula mata mereka yang tidak yakin akan kemampuan pengurusan MAS.





Sumber: Oh! Media