Maxis Bersama Huawei Akan Mulakan Ujian Teknologi Generasi Kelima 5G Pertama Malaysia


Berikutan dengan pengumuman Kementeri Komunikasi dan Multimedia sebelum ini, kini Maxis Bhd dilihat akan bekerjasama dengan Huawei dalam membangunkan teknologi Generasi Kelima, 5G pertama di Malaysia yang akan dimulakan di Cyberjaya.

Jika percubaan ini berjaya, ia akan merekodkan kelajuan muat turun pada hampir tiga gigabaik sesaat dan menurut Ketua Pegawai Teknologi Maxis, Morten Bangsgaard, berkata ujian berkenaan yang akan dijalankan selama enam bulan di Cyberjaya akan menyediakan analisis lebih terperinci mengenai ciri 5G, termasuk penggunaan spektrum dalam ‘band’ yang lebih tinggi.

Untuk pengetahuan anda, Maxis juga sebelum ini menjadi antara syarikat yang pertama membawa masuk dan menguji teknologi Generas Keempat, 4G.

Maxis dan Huawei baru-baru ini melancarkan program percepatan 5G menerusi Memorandum Persefahaman di Barcelona, Sepanyol, yang mana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam ujian 5G dengan sistem dan perkhidmatan akhir ke akhir.

Sumber: Berita Harian
Sumber: Oh! Media