ALOR SETAR – Matlamat asal penubuhan Tabung Haji (TH) adalah berperanan memberi dan menjaga kebaikan jemaah haji serta pendeposit, bukanlah memberi kesukaran kepada mereka.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, netizen dan pendeposit TH khususnya jemaah haji dikejutkan dengan berita subsidi haji bakal dikaji semula.
Katanya, rata-rata rakyat berpandangan kerajaan wajar menimbang dengan sewajar mungkin tanggungjawab kebajikan jemaah haji dan pendeposit, apatah lagi aset TH bernilai RM19 billion diletakkan bawah SPV.
“Adalah menjadi hasrat umat Islam semua agar dapat melihat TH supaya terus mempertahankan kebajikan jemaah haji sebagai mana sebelum ini.
“Matlamat asal penubuhan TH yang kini berusia 56 tahun itu tidak pernah berubah di zaman kerajaan BN, iaitu terus menjaga kebajikan golongan terlibat,”katanya.
Katanya, berbekalkan tujuan dan matlamat TH inilah institut ini terus berkembang dengan sokongan dan dokongan kerajaan serta rakyat khususnya umat Islam yang menjadi pendepositnya.
“Semua kebajikan para jemaah menjadi keutamaan sehingga menjadikan TH sebagai penawar tambang termurah di dunia, iaitu RM9,980 sahaja dengan selebihnya disubsidikan,”katanya.
Menurutnya, beliau berpendapat konsep subsidi ini boleh dijelmakan dengan jalinan kerajaan melalui peluang penjanaan kewangan, ekonomi yang diwujudkan kerajaan kepada TH.
Beliau yang juga Pengerusi UMNO Kedah berkata, sememangnya menjadi hasrat rakyat ingin melihat TH terus dipertahankan dan dijaga seperti dulu.
Sumber: cempedakcheese.com