Manchester United Ikat Ole Gunnar Solskjaer Selama Tiga Tahun


Akhirnya, selepas melakukan tugas yang cemerlang sebagai pengendali sementara pasukan Manchester United, akhirnya pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengendali tetap pasukan itu selama tiga tahun.

Ole Gunnar mengambil alih selama hampir empat bulan apabila Jose Mourinho dipecat pada Disember lalu.

Sejak melatih pasukan, Red Devils sudah meraih 14 kemenangan dalam 19 perlawanan dan turut mengetuai pasukan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

"Sejak hari pertama saya sampai, saya rasakan seperti berada di rumah sendiri," kata Solskjaer menerusi laman web rasmi United.

"Ia satu penghargaan untuk jadi pemain Manchester United dan memulakan karier kejurulatihan di sini. Sejak beberapa bulan, ianya satu pengalaman yang menarik dan saya mahu berterima kasih kepada semua jurulatih, pemain dan juga kakitangan lain.

"Ini adalah tugas yang saya impikan dan saya begitu teruja apabila berpeluang mengetuai pasukan ini dalam tempoh yang panjang. Saya harap mampu capai kejayaan berterusan seperti yang penyokong kami berhak dapat."



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media