Nampaknya, pertembungan diantara Malaysia menentang China menyaksikan pelawanan terikat 2-2 pada aksi terakhir Kumpulan J di saingan kelayakan Kejuaraan Bawah 23 AFC 2020.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan China layak secara automatik ke pusingan akhir B-23 AFC di Bangkok tahun depan selepas menjuarai Kumpulan J dengan himpunan tujuh mata hasil dua kemenangan iaitu menewaskan Laos (5-) dan Filipina (8-0) selain seri dengan Malaysia.
Skuad bimbingan Kim Swee pula menduduki tangga kedua selepas turut mengumpulkan tujuh mata, hasil kemenangan 3-0 ke atas Filipina dan Laos (1-0), namun dibezakan dengan jumlah jaringan. Malaysia kini mengharapkan turut layak ke Bangkok selaku naib juara kumpulan yang menyediakan empat tempat.
Sumber: Oh! Media