Maksud tulisan pada senapang penyerang masjid

WELLINGTON – Pembunuh kejam yang melakukan serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch menulis inspirasi ‘nama-nama pejuang’ pada senapangnya.

Portal Daily Mail melaporkan, antara inspirasi itu adalah nama-nama tokoh sejarah yang berperang dengan empayar Uthmaniyah.

Nama-nama yang ditulis dengan warna putih pada senjata yang digunakan pelampau kulit putih rakyat Australia itu, Brenton Tarrant, 28, boleh dilihat ketika dia membuat serangan secara ‘live-stream’.

Pemeriksaan nama tersebut mendedahkan kepada obse­sinya dengan tokoh-tokoh sejarah yang bertempur melawan empayar Uthmaniyah.

1. Dmitry Senyavin – Laksamana Rusia yang berperang melawan Turki termasuk Perang Russo-Turki (1787-1792) dan Perang Rusia-Turki (1806-12).

2. Serban Cantacuzino – Bekas Putera Romania yang menyerang Constantinople dan menggerakkan Uthmaniyah keluar dari Eropah.

3. Marko Miljanov – Jeneral Montenegrin yang berjuang dalam beberapa kempen melawan Uthmaniyah.

4. Stefan Lazarević – Putera Serbia yang bersahabat dengan Uthmaniyah sebelum membebaskan negaranya daripada empayar tersebut dan menjadi negara merdeka.

5. Edward Codrington – Laksamana British yang bertempur dalam Perang Napoleon. Dia juga berperang melawan orang Turki dan Mesir semasa Perang Kemerdekaan Yunani.

6. Marco Antonio Bragadin – Pegawai Republik Venice yang mengetuai perang apabila Turki menyerang Cyprus.

7. Ernst Rüdiger Starhemberg – Ahli politik nasionalis Austria dan pemimpin pertubuhan Frontland Front.

Berikut pula adalah nama-nama dipercayai menjadi inspirasi buat lelaki kejam itu menembak puluhan umat Islam:

1. For Rotherham – Merujuk kepada skandal penderaan seksual kanak-kanak Rotherham.

2. Alexandre Bissonnette – Penjenayah yang melakukan serangan bersenjata di Masjid Quebec pada Januari 2017.

3. Luca Traini – Ekstremis Itali yang menembak enam pendatang Afrika di Macerata pada Februari 2017. Dia ditangkap ketika membuat tanda hormat Hitler dengan bendera Itali di bahunya.

4. Pertempuran Nauplia 1770 – Pertempuran kecil semasa Perang Rusia-Turki (1768-1774) antara armada kecil Rusia dan penyokong Uthmaniyah yang lebih besar.

5. Bajo Pivljanin – Dilahirkan di bawah pemerintahan Uthmaniyah dan melawan bekas raja-raja dan akhirnya terbunuh dalam peperangan.

6. Pertempuran Belgranica, 1913 – Pertempuran Perang Balkan Kedua ketika Bulgaria menyerang bekas sekutu Serbia dan Yunani. Uthmaniyah kemudian merampas kembali wilayah lama dari Bulgaria.

7. Putera Fruzhin – Seorang bangsawan Bulgaria yang berperang melawan penaklukan Uthmaniyah.

8. Sebastiano Venier – Ketua Republik Venice yang bertempur melawan Turki semasa Perang Uthmaniyah-Venice Keempat (1570-1573).

9. Kapal Shipka – Sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam Perang Rusia-Uthmaniyah (1877-1878).

10. Novak Vujosevic – Bertempur dalam perang Fundina untuk Pemerintahan Montenegro melawan Turki Uthmaniyah.



Sumber: cempedakcheese.com