Aceh, Indonesia menjatuhkan hukuman sebat terhadap lima pasangan belum berkahwin yang ditangkap sedang bercumbu dan perbuatan jenayah itu di bawah undang-undang Syariah yang dilaksanakan di wilayah itu.
Aceh sebelum ini telah menjatuhkan hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan termasuk berjudi, meminum alkohol dan melakukan hubungan sejenis.
Lima pasangan itu menerima antara empat dan 22 sebatan di luar masjid di Banda Aceh, selepas menjalani hukuman penjara beberapa bulan.
Polis pencegah maksiat menangkap mereka berpelukan dan berpegangan tangan, dan dalam beberapa kes, mengadakan hubungan seks.
Hukuman sebatan ini dijalankan di hadapan khalayak ramai termasuk kanak-kanak turut dapat menyaksikan penguatkuasa bertopeng menjalankan hukuman merotan pesalah.
“Kami harap pada masa depan, tiada lagi kes seperti ini. Ia memalukan,” kata seorang pegawai agama, Safriadi.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media