Kura-kura 187 Tahun Diiktiraf Sebagai Haiwan Darat Tertuan Dunia


Guinness World Record kini telah mengiktiraf seekor kura-kura sebagai hidupan darat paling tua di dunia yang masih ada yang kini mencecah usia 187 tahun.

Kura-kura yang diberi nama Jonathan itu adalah sejenis Aldabran jantan yang dijumpai di Kepulauan Seuchelles di Lautan Hindi yang dilahirkan pada tahun 1832 dan telah di bawa ke Pulau St.Helena di Lautan Atlantik pada tahun 1882.

Gambar yang diambil pada tahun 1882 di Plantation St Helena sewaktu Jonathan baru tiba di kepulauan itu.

Jonathan juga telah hidup dalam dua perang dunia iaitu pada Revolusi Perancis dan tujuh pertukaran monarki Britain serta pelantikan 39 Presiden Amerika Syarikat.
Walaubagaimanapun, Jonathan sekarang telah buta disebabkan katarak dan kehilangan deria bau, namun masih mempunyai pendengaran yang baik dan berselera untuk makan.

Kura-kura tertua ini juga dipercayai hampir pupus berdasarkan hasil pemeriksaan ke atas cengkerangnya dan terdapat kira-kira 80 ekor kura-kura Aldabran di seluruh dunia, menurut Kumpulan Pakar Kura-kura dan Penyu Air Tawar dari Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).



Sumber: Oh! Media