Samsung kini akan melancarkan Samsung Galaxy S10+ dan akan mula dijual dalam pasaran Malaysia pada 8 Mac dan dijual pada harga RM4,599.
Walaubagaimanapun, persoalan mengenai kos sebenar bagi menghasilkan sesebuah model telefon pintar sering menjadi tanda tanya pembeli kerana kini harga telefon pintar dilihat hampir sama dengan harga sebuah laptop.
Namun, kini, Techinsights telah mengeluarkan anggaran harga bagi kos penghasilan Galaxy S10+ yang memperuntukkan hanya $420 atau RM1,711 bagi sesebuh model yang dijual pada harga RM3,699 di Malaysia.
Walaubagaimanapun, kos penghasilan Samsung Galaxy ini hanya dilihat dari kos komponen yang digunakan dan ia tidak termasuk dengan kos pekerja, logistik, lesen paten dan kos kajian teknolohi baru yang dikeluarkan oleh Samsung bagi menghasilkan sebuah telefon pintar yang terbaik.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media