Menghampiri Wawasan 2020, pasti ramai yang tahu bahawa Malaysia bakal memiliki kereta terbang pertama. Prototaip kereta tersebut dijangka akan diperkenalkan tahun ini.
Projek tersebut dijangka menelan kos pelaburan sekitar RM1 juta.
Semalam, prototaip kereta terbang yang dibangunkan oleh Aerodyne Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang diberi nama ‘Vector’ itu turut dipamerkan di LIMA 2019, Langkawi, semalam.
Gambar yang dimuat naik menerusi laman Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata mereka mengkritik dan mempersoal reka bentuk kereta terbang tersebut.
Ada segelintir netizen mempersoalkan reka bentuk kereta terbang tersebut tidak mencerminkan perbelanjaan yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit.
Malah ada yang menyamakan reka bentuk kipas kereta terbang itu seperti kipas USB.
Namun ada netizen menjelaskan itu hanyalah model sekala kecil dan selalunya apabila model prototaip sudah siap rekaannya jauh berbeza. Apa pun kita nantikan sahaja prototaip kereta tersebut siap dijangka tahun ini.
Sumber: cempedakcheese.com