Kereta Terbang Vector Menjadi Tumpuan di LIMA 2019


LIMA 2019 telah menarik tumpuan ramai pengunjung apabila kereta terbang yang dikatakan bakal menjadi kenyataan itu turut dipamerkan di Langkawi.

Namun ia hanyalah sekadar model kecil yang diberi nama sebagai Vector dan ia merupakan buat julung kalinya dipamerkan kepada orang ramai.

Walaubagaimanapun, ia dikatakan bukanlah projek kereta terbang yang sebenar kerana fungsinya hanyalah sebagai pengangkutan udara dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.



Vektor dibangunkan oleh syarikat tempatan dan kokpitnya mampu ditukar kepada tiga jenis, membawa penumpang (manusia), membawa kargo dan juga sebagai sistem pengawasan (sekuriti).

Malangnya harga jualan Vector belum diketahui, tetapi ia mampu membawa beban sehingga 200 kilogram dan terbang pada ketinggian 50 meter dengan kelajuan 60 kilometer sejam serta mampu terbang selama 30 hingga 90 minit.

Jadi marilah kita sama-sama nantikan kereta terbang sebenar yang dijangkakan akan tersedia pada Jun tahun ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media