Keputusan SPM 2018 Akan Dikeluarkan Pada 14 Mac Ini


Buat mereka yang telah menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM bagi tahun lepas 2018, pasti tidak sabar menantikan keputusan dan selepas itu meneruskan pelajara di tempat yang diimpikan.

Berikut, tarikh 14 Mac ini dipilih Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengeluarkan keputusan dan calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada jam 10 pagi.

Calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS 15888.

Menurutnya, perkhidmatan itu akan diaktifkan selama tujuh hari mulai 14 Mac ini pukul 10 pagi dan akan ditamatkan pada 20 Mac depan pukul 6 petang.

Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

Sementara itu, bagi calon SPM tahun lalu yang ingin mengambil SPM Ulangan 2019, pendaftaran akan dibuka bermula 14 Mac hingga 31 Mac depan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media