Jacinda Ardern diancam bunuh kerana tuntut keadilan untuk Muslim

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden telah digambarkan sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dengan sikap prihatinnya terhadap tragedi yang menimpa masyarakat Islam di negara itu.

Kemulian hati dan rasa hormatnya mendapat pujian masyarakat dunia berikutan tindakan beraninya menegakkan keadilan untuk umat Islam.

Jacinda diancam bunuh!

Namun begitu, masih ada lagi hati-hati hitam yang tidak senang duduk melihat kedamaian yang dicetuskan oleh Ardern. Semalam, pemimpin itu menerima satu ancaman menerusi laman Twitternya.

Difahamkan, pihak berkuasa akan menyiasat motif sebenar ugutan bunuh tersebut kerana ia hanya sempat bersiaran selama 48 jam sebelum akaun penghantar itu disekat.

Anti-Islam tercabar dengan sokongan NZ terhadap Muslim

Jelas sekali golongan pelampau ini berasa tercabar dengan ketulusan hati rakyat New Zealand yang memberi sokongan moral yang cukup luar biasa kepada Muslim.

Polis tidak akan berdiam diri

Tidak mahu lagi wujud tragedi kebencian, akaun yang dikendalikan oleh golongan anti-Islam yang mengandungi meseg berunsur provokasi dan kebencian dengan mengagungkan ‘white-supremacist’ telah disekat pihak berkuasa.

Menurut pejabat perdana menteri New Zealand, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan secara proaktif untuk menghapuskan kandungan yang melanggar dan menyalahi undang-undang.



Sumber: cempedakcheese.com https://ift.tt/2TP95R3