Hukum Gantung Ayat Al-Quran Pada Dinding


Soalan:
Adakah dibolehkan menulis ayat-ayat Quran atau dicetak kemudian digantungkan pada dinding rumah?

Jawapan:
Berkata Mufti Besar Oman :

“Harus menulis ayat-ayat Quran pada dinding atau dipahat atasnya atau digantung akan ia atas rupa yang dibaca akan ia. Tetapi yang wajib ialah bahawa dimuliakannya dan dihormati dan dijaga dari sia-sia dan dari terhina. Dan tidaklah dilemparkan ia merata-rata selepas buruknya, kerana firman Allah :

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
“Yang demikian itu barangsiapa yang memuliakan syariat-syariat Allah maka sungguhnya ia adalah tanda hati yang taqwa.” (Al-Hajj: 32)

Tersebut pada kitab Fatawa Hindiyah :

ولو كتب القرآن على الحيطان والجدران بعضهم قالوا: يرجى أن يجوز، وبعضهم كرهوا ذلك مخافة السقوط تحت أقدام الناس". والله تعالى أعلم.
“Dan jikalau ditulis akan al-Quran atas dinding dan tembok maka berkata setengah mereka itu; diharap akan harusnya. Dan setengah mereka pula memakruhkannya kerana khuatir jatuh ia pada kaki manusia. Wallahu’lam.”

Sumber: Majlis Fatwa Oman

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Sumber: Oh! Media