Huawei Saman Kerajaan Kanada Di Atas Penahanan Meng Wanzhou


Kerajaan Kanada bersama agensi sempadan dan polis persekutuan negara Kanada dilaporkan akan difailkan saman oleh Peguam Meng Wanzhou yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan Huawei setelah menahan, memeriksa dan menyoal siasat anak guamnya selama tiga jam.

Hal ini didakwa telah melanggar hak Perlembahaan wanita itu. Sebelun itu, Kanada telah menahan Meng di Vancouver  pada 1 Disember lalu setelah Amerika Syarikat meminta membuat demikian.

Ini kerana, Huawei Technologies Co digambarkan sebagai ancaman kepada keselamatan dalam negara AS. Meng didakwa dengan penipuan bank dan talian untuk melanggar sekatan AS ke atas Iran.

Peguam Meng berkata cara pegawai mendapatkan bukti dan maklumat daripada anak guam mereka adalah pelanggaran serius kepada Piagam Hak dan Kebebasan Kanada.

Untuk pengetahuan anda, Meng Wanzhou merupakan anak perempuan kepada pengasas Huawei.
Sumber: Oh! Media