Selepas tentera Israel menyerang Gaza habis-habisan malam tadi sebagai tindak balas dari serangan roket jarak jauh Gaza yang terkena sebuah kediaman di Tel Aviv, kini satu persetujuan untuk meletakkan senjata dipersetujui.
Ini dimaklumkan oleh Pergerakan Islam Hamas yang berkata Mesir sebagai orang tengah kepada persetujuan meletakkan senjata itu.
Walaubagaimanapun, Presiden Benjamin Netanyahu masih belum memberi respon berkenaan letak senjata itu dan serangan masih berlaku.
“Usaha Mesir itu berjaya mencapai gencatan senjata di antara puak yang menduduki dengan kumpulan pejuang,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum.
Dakwaan bahawa gencatan senjata dicapai timbul selepas serangan udara Israel terkena pejabat pemimpin Hamas dan berpuluh-puluh sasaran lain di seluruh Semenanjung Gaza.
Sumber: BH
Sumber: Oh! Media