Hafizh Syahrin Tampil Lebih Yakin Dengan Tunggangannya Bersama RC16


Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah mengakui menghadapi kesukaran untuk membiasakan diri dan gaya tunggangan dengan jentera baharunya.

Namun kini, Hafizh yakin dia mampu bersaing dengan kelompok depan walaupun perlu bekerja lebih kuat.

Hafizh yang akan menunggang jentera KTM bersama pasukan Red Bull KTM Tech3 itu masih berusaha untuk membiasakan tungangan bersama mesin RC16 dan mengakui kini semakin selesa dengan tunggangannya.

"Saya amat menantikan untuk perlumbaan pertama ini," kata Hafizh. "Kami berdepan beberapa ujian pramusim yang sukar, kami cuba untuk menyesuaikan diri dengan jentera secara berperingkat.

"Ia agak bagus dan saya semakin selesa, meskipun kami masih agak perlahan tetapi kami percaya mampu berada di kelompok depan pada satu hari nanti dengan pasukan ini.

"Jadi, kami akan terus berusaha gigih, cuba memahami semuanya dan sentiasa berfikiran positif sebagai persediaan menghadapi hari perlumbaan."
Sumber: Oh! Media