Florentino Perez Akan Pastikan Neymar Jadi Milik Real Madrid


Selepas Cristiano Ronaldo meninggalkan pasukan Real Madrid, kini Real dikataka bersedia untuk mendapatkan khidmat Neymar pada nilai 300 juta pound atau RM1.6 billion.

Neymar yang kini bersama pasukan Paris Saint Germain sudah lama berada dalam pemerhatian Real dan pada musim hadapan, presiden kelab Florentino Perez akan memastikan Neymar berjaya dibawa memperkuatkan pasukan itu kembali.


Musim ini, Real dilihat agak bergelut dalam memastikan kemenangan apabila hanya mengharapkan pemain-pemain muda yang kini telah tersingkir daripada Liga Juara-Juara di tangan Ajax minggu ini.

Madrid dikatakan bersedia dengan jumlah yang bakal memecahkan rekod perpindahan dunia itu bagi mendapatkan Neymar dan sanggup membayarnya 40 juta pound (RM212.8 juta) untuk tempoh lima musim, mengatasi gaji Lionel Messi yang kini tertinggi di dunia.

Namun, PSG dilihat berkeras tidak mahu melepaskan bintang mereka. Pemain lain seperti Eden Hazard dari pasukan Chelsea turut berada dalam pemerhatian Real Madrid.
Sumber: Oh! Media