‘Facebook Auni Zaara palsu’ – Wanita ini buat laporan polis selepas dituduh hina Nabi

SEORANG wanita tampil membuat laporan polis selepas gambarnya disalahguna bagi tujuan menghina Rasulullah

Marva Joinod D Lomodi mendakwa gambar miliknya telah dijadikan sebagai gambar profil Facebook seorang individu yang dikenali sebagai Auni Zaara yang kemudiannya digunakan untuk memuat naik status menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

“Gambar saya telah disalahgunakan. Saya adalah mangsa keadaan dan telah dikecam habis-habisan oleh orang ramai kerana isu ini. Kepada yang mengenali diri saya. Pasti tahu saya bukanlah yang sedemikian,” katanya.

Marva yang berasal dari Sabah berkata, dia membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya dan keluarga selepas dia menerima banyak mesej Whatsapp berbentuk ancaman termasuk ugutan bunuh daripada pihak tidak dikenali.



Sumber: cempedakcheese.com